fbpx

Penyanyi rap saman pemandu e-hailing halang naik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Demoss (tengah). - Foto Dank Demoss/Instagram

WASHINGTON – Seorang penyanyi rap menyaman syarikat e-hailing, Lyft selepas salah seorang pemandunya didakwa tidak membenarkan dia menaiki kenderaan disebabkan saiz badan yang terlalu besar, lapor akhbar New York Post semalam.

Dank Demoss yang mempunyai berat badan hampir 221 kilogram berkata, kejadian itu berlaku di Detroit, Michigan apabila pemandu tersebut mengunci pintu kereta Mercedes-Benz sedannya.

“Saya boleh muat dalam kereta ini,” kata penyanyi tersebut dalam satu rakaman video.

“Percayalah, anda tidak boleh (muat),” balas pemandu itu sambil menambah, tayar keretanya tidak akan dapat menampung berat badan penyanyi tersebut.

Pemandu itu bagaimanapun telah memohon maaf kepada Demoss yang turut menggunakan nama Dajua Blanding itu.

Namun, dia mempertahankan tindakannya membatalkan tempahan Demoss dan memberitahu bahawa penyanyi tersebut perlu memesan kenderaan yang lebih besar.

Sementara itu, Lyft enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut kerana ia kini sudah menjadi kes mahkamah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI