fbpx

Dua daerah di Sabah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir mendaftar masuk ke PPS susulan banjir di dua daerah di Sabah membabitkan Kota Marudu dan Beaufort.

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan seramai 355 mangsa banjir hari ini.

Setakat pukul 5 petang tadi, angka terbabit melibatkan 105 keluarga di dua daerah iaitu Kota Marudu dan Beaufort.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menerusi kenyataanya memaklumkan, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai ketika ini.

Anggota APM Sabah membantu memindahkan mangsa susulan banjir melanda Kota Marudu dan Beaufort.

“Seramai 258 mangsa daripada 76 keluarga sudah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sementara itu, daerah Beaufort pula mencatatkan bilang penduduk terjejas banjir seramai 97 orang membabitkan 29 keluarga yang kini ditempatkan di satu PPS,” katanya.

Dalam pada itu, APM Sabah menyatakan statistik keseluruhan penduduk terjejas banjir dijangka terus meningkat ekoran keadaan cuaca tidak menentu di seluruh negeri Sabah ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI