fbpx

Jojo pasang impian ke Dagestan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN tidak menolak kemungkinan untuk berlatih di bawah bimbingan Khabib dan menyertai saingan MMA pada masa hadapan. - ONE CHAMPIONSHIP

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke Dagestan, Rusia pada masa hadapan bagi mendalami ilmu seni bela diri campuran (MMA).

Sekiranya terjadi, ia pasti menjadi detik bersejarah buat petarung berusia 18 tahun itu kerana bakal mendapat tunjuk ajar daripada bekas juara Ultimate Fighting Champioship (UFC), Khabib Nurmagomedov.

Buat masa sekarang, Johan hanya mahu memberikan sepenuh fokus terhadap saingan ONE Championship di mana dia dianggap sebagai bintang dalam pembikinan menerusi kategori flyweight.

“Memang ada rancangan untuk ke sana tetapi buat masa sekarang, saya hanya nak fokus dalam sukan muay thai dahulu. Bagi saya, masih belum puas dalam sukan ini, ditambah pula dengan usia baru 18 tahun.

“Bagaimanapun, mungkin pada usia 21 atau 22 tahun nanti, saya akan berhijrah ke Dagestan dan berguru dengan Khabib. Saya tidak menolak kemungkinan itu kerana ia satu peluang cukup besar,” katanya.

September tahun lalu, Khabib yang melakukan lawatan ke Malaysia menjemput petarung naungan Rentap Muay Thai Gym itu untuk datang ke Dagestan dan menjalani latihan MMA di bawah bimbingannya.

Beliau menganggap Johan yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo itu memiliki masa depan cukup cerah dalam sukan tempur berkenaan.

Pada ketika ini, Johan berada dalam tempoh rehat selepas beraksi pada ONE Championship 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand minggu lalu di mana dia tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI