fbpx

Jualan Rahmah ‘Back To School’ tawar diskaun hingga 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh negara sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.

“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.

Beliau turut menyeru ibu bapa untuk mengambil peluang mendapatkan barangan sekolah dengan harga lebih rendah sepanjang tempoh cuti persekolahan ini.

“Jangan lupa untuk menyemak laman sesawang KPDN bagi mendapatkan jadual penuh PJRM ‘Back To School’ yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI