fbpx

AS bantu hantar 90 peluru berpandu Israel ke Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pelancar peluru berpandu Patriot milik AS. - Foto AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menghantar kira-kira 90 peluru berpandu Patriot yang disimpan di Israel ke Ukraine, lapor saluran berita televisyen CNN yang memetik kenyataan seorang pegawai pertahanan AS semalam.

Peluru berpandu itu telah berada dalam simpanan Israel yang menggunakan sistem pertahanan udara Patriot selama lebih 30 tahun sebelum menamatkan penggunaannya pada April tahun lalu.

Perbincangan mengenai pemindahan peluru berpandu dari Israel ke Ukraine telah dibuat sejak musim panas lalu.

Ketika itu, pegawai pentadbiran bekas Presiden AS, Joe Biden berharap peluru berpandu yang tidak digunakan akan dihantar ke Kyiv untuk membantu dalam peperangannya menentang Russia.

Namun, bantuan Israel kepada Ukraine sangat terbatas, manakala para pemimpin Rejim Zionis berhati-hati untuk tidak terlalu mengkritik Russia. 

Tentera Israel pada April tahun lalu berkata, ia akan menamatkan sistem Patriot.  

Peluru berpandu Patriot digunakan semasa perang antara Israel dengan Hamas pada tahun lalu, apabila ia menembak jatuh dron yang dilancarkan dari Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI