PETALING JAYA – Fenomena rakyat tempatan bercuti ke Thailand semakin menjadi-jadi apabila ratusan kenderaan bersesak di sempadan kedua-dua negara awal pagi tadi.
Menerusi satu klip video di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai @Chin, kelihatan deretan kenderaan sedang menunggu giliran untuk memasuki Thailand.
Klip video tersebut dirakam di pintu masuk sempadan di Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 4.30 pagi.
“Panjang sangat, pak cik yang kereta pertama sampai situ jam 11.59 semalam dia dah mula beratur,”tulis @Chin.
Difahamkan, kebanyakan mereka mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina untuk ke negara jiran.
Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna berkongsi mereka terpaksa bersesak lebih empat jam sebelum berjaya melepasi pintu sempadan.
“Beratur panjang encik,saya pun dari pukul 5 pagi tak lepas imigresen lagi ni,”tulis annisahani kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @NZ Easy Enterprise shop.
“Pakat masuk awai pagi takut sesak ,rupanya pukul 9 pagi dah tak ada orang pun,”katanya.-KOSMO! ONLINE.
@_creepyhues_ Border Bukit Kayu Hitam awal pagi 29/01/2025 😂🥲 #cny2025 #hatyai #dannok #thailand ♬ original sound – chin