fbpx

PPj tetapkan enam lokasi ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tengah) menunjukkan salah satu lokasi ibadah korban di Presint 9, Putrajaya, baru-baru ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menetapkan enam lokasi khusus bagi aktiviti ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut seluruh umat Islam pada 31 Julai ini.

Enam lokasi yang telah ditetapkan adalah di Presint 5, Presint 7, Presint 9, Presint 11 , Presint 14 dan Presint 18.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, lokasi yang ditetapkan adalah berdasarkan kesesuaian untuk menjadi tempat simpanan sementara haiwan korban, tapak penyembelihan dan mudah bagi pengurusan sisa pepejal serta cecair haiwan.

“Aktiviti korban akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan termasuk tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa, mengamalkan penjarakan sosial dan penyediaan satu pintu keluar masuk sahaja.

“Selain enam lokasi ini, dibenarkan juga aktiviti ibadah korban di masjid-masjid dan surau-surau namun perlu dimaklumkan kepada PPj untuk membuat lawatan dan pemeriksaan,” katanya.

Aminuddin berkata, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian dengan mengimbas QR Code di laman web www.ppj.gov.my dan media sosial PPj.

“Borang juga boleh didapati di Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN