fbpx

MotoGP: GP25 mampu jadi senjata buat VR46

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI GIANNANTONIO percaya GP25 mampu membantunya mencabar pelumba-pelumba lain menjelang saingan musim baharu nanti. - VR46 RACING

MANDALIKA – Pelumba pasukan Pertamina VR46 Racing, Fabio di Giannantonio menyifatkan jentera Desmosedici GP25 yang diterima mampu menjadi senjata buatnya menjelang musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba Itali itu dianggap bertuah kerana dia merupakan satu-satunya pelumba pasukan satelit Ducati yang akan menggunakan jentera GP25 selain dua pelumba utama, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez.

Di Giannantonio berkata, prestasi jentera itu pasti jauh lebih baik memandangkan dia hanya menggunakan jentera GP23 pada saingan musim lalu dan masih mampu mencatat keputusan terbaik.

“Bagi saya, ia satu naik taraf yang cukup besar kerana saya menggunakan GP23 sebelum ini dan saya terus mendapat GP25. Ia membawa maksud saya menerima pakej yang memiliki kemampuan dua tahun lebih baik.

“Bagaimanapun, ia akan menjadi cabaran buat saya kerana perlu memahami jentera. Ia pastinya menjadi senjata terbaik kerana ia merupakan pakej yang dinaik taraf daripada jentera GP24 sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba VR46, Franco Morbidelli hanya akan menunggang GP24, namun dia tetap menaruh sepenuh kepercayaan dengan kemampuan jentera tersebut menjelang sesi ujian nanti.

“GP24 merupakan jentera yang sangat baik dan saya menaruh kepercayaan terhadapnya bagi mengharungi saingan musim ini. Bagi saya, ia adalah jentera terbaik yang pernah dihasilkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI