fbpx

Pesawat bawa 176 orang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat terbakar di Lapangan Terbang Gimhae, Korea Selatan semalam. - Foto AFP

SEOUL – Bahagian belakang sebuah pesawat penumpang terbakar di Lapangan Terbang Gimhae, Korea Selatan semalam, menyebabkan 176 orang terpaksa dipindahkan, lapor saluran berita Channel News Asia.

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan, pesawat Air Busan jenis Airbus A321 itu dijadualkan terbang ke Hong Kong tetapi terbakar pada kira-kira pukul 10.15 malam (waktu tempatan).

Seramai 169 penumpang dan tujuh kru penerbangan turun dari pesawat tersebut menggunakan gelongsor kecemasan, katanya.

Kenyataan itu tidak memberikan maklumat mengenai punca kebakaran tetapi menyatakan bahawa ia berlaku di bahagian belakang pesawat.

Agensi Bomba Kebangsaan berkata, tiga orang cedera ringan semasa pemindahan penumpang dilakukan. 

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.31 malam (waktu tempatan), katanya.

Pada 29 Disember tahun lalu, Korea Selatan mengalami bencana penerbangan paling teruk apabila pesawat Jeju Air yang terbang dari Thailand ke Muan, terhempas sebelum meletup akibat merempuh penghadang konkrit. 

Nahas itu mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan anak kapal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI