fbpx

Unit anjing K9 bantu cari budak hilang jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIT anjing pengesan K9 digerakkan dalam operasi SAR mencari kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh longkang di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang disyaki lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya di sini, semalam dibantu unit anjing pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Shawaluddin Ami Nordin operasi hari kedua terus dijalankan bagi mengesan mangsa Mohammad Rayyan Alif, 9.

“Operasi SAR turut melibatkan 46 pasukan penyelamat dari pelbagai agensi serta turut dibantu orang ramai.

“Menerusi kaedah unit anjing pengesan ini kita akan cuba cari di kawasan di pintu air ini dan menyusuri ke Sungai Kemang ke atas,” katanya ketika ditemui ditemui di pos kawalan tempat kejadian di pintu air Sungai Kemang, di sini hari ini.

Terdahulu, kanak-kanak terbabit dilaporkan terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil seliparnya ketika bermain bersama seorang kawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI