fbpx

Pemandu SUV langgar lari peniaga dibelasah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Mitsubishi Xpander yang turut dirosakkan orang ramai. - Polis Pamanukan

JAKARTA – Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dibelasah penduduk, manakala keretanya dirosakkan selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Subang, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Pemandu bernama Dedi Setiadi, 31, pada awalnya melanggar seorang penjual bubur sebelum dia melarikan diri.

“Pemandu Mitsubishi Xpander tersebut melanggar peniaga bubur di kawasan Blanakan Subang, namun dia enggan memberhentikan kenderaannya.

“Dia dikejar orang ramai sebelum akhirnya berhenti di jalan Pantura Batangsari, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kemalangan,” kata Ketua Polis Pamanukan, Asisten Komisioner Udin Awaludin.

Tambah Udin, orang ramai kemudian membelasah pemandu berkenaan dan merosakkan kenderaannya.

Tindakan penduduk bagaimanapun berjaya dihentikan selepas beberapa anggota polis tiba dan menahan pemandu tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI