fbpx

Beribu-ribu ikan selar naik ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menangkap ikan di Pantai Sisi, wilayah Natuna semalam. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan beribu-ribu ikan naik ke daratan di sebuah pantai di Kepulauan Riau, Indonesia, lapor portal berita Detik News semalam. 

Kejadian aneh itu berlaku di Pantai Sisi, wilayah Natuna baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @natunaninfo memaparkan beribu-ribu ikan selar melompat keluar dari permukaan laut secara tiba-tiba. 

Penduduk tempatan pula berkumpul di kawasan pantai untuk menangkap ikan-ikan tersebut  dengan tangan kosong. 

Ketua Jabatan Perikanan Natuna, Hadi Suryanto berkata, fenomena itu dipercayai berlaku disebabkan perubahan suhu air laut. 

Rakaman kejadian mencatatkan lebih 4,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Semoga tiada bencana yang terjadi di bawah laut,” kata seorang netizen. 

“Ini adalah petanda buruk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI