fbpx

Bryan tinggalkan skuad terjun negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDY mengesahkan Bryan telah melepaskan jawatannya minggu lalu dan kini sedang menunggu untuk membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

PENGARAH Teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas membuka lembaran baharu apabila menerima tawaran sebagai jurulatih di luar negara, sekali gus menyaksikan Malaysia kehilangan salah seorang tenaga kejurulatihan terbaiknya.

Setiausaha Kehormat Renang Malaysia (MAS), Andy Low Siak San mengesahkan pengunduran Bryan dan memaklumkan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengenal pasti calon pengganti untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Kami sudah ada calon pengganti, tetapi buat masa ini, kami perlu menunggu proses tandatangan kontrak selesai. Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat,” kata Andy.

Bryan yang menjadi tunjang utama dalam pembangunan bakat muda melalui program pencarian pelapis di seluruh negara telah menyerahkan tugasnya kepada pengganti bakal dilantik dan program dibangunkan di bawah kepimpinannya akan diteruskan seperti biasa.

“Calon pengganti sudah berbincang dengan Bryan hampir dua minggu. Semua proses serah tugas telah selesai dan program sedia ada akan diteruskan seperti yang dirancang,” tambah Andy.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenai pengganti Bryan sehingga semua prosedur selesai sepenuhnya.

Pengunduran Bryan hadir seminggu selepas bekas penerjun negara, Ng Yan Yee dilantik sebagai jurulatih pembangunan bakat pasukan penerjun kebangsaan Singapura di bawah Akuatik Singapura.

Perkembangan itu menunjukkan bakat dan kepakaran jurulatih tempatan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kem terjun negara optimis pelapis baharu mampu meneruskan momentum kecemerlangan sukan terjun Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI