fbpx

Trauma agensi umrah buat hal, Shuib, Mamat teliti tawaran umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib (kanan) dan Mamat (kiri kedua) menegaskan mereka kini lebih berhati-hati dalam menerima tajaan agensi pelancongan yang berminat untuk menerbangkan mereka ke Tanah Suci.

PETALING JAYA – Ibarat menerima rezeki terpijak, pelawak dan penyampai radio, Shuib dan Mamat bakal ditaja menunaikan umrah selepas trauma berdepan dengan agensi umrah yang bermasalah.

Shuib dan Mamat yang sepatutnya menunaikan umrah pada Ramadan ini menarik diri daripada kerjasama dengan agensi umrah tersebut selepas gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Mekah.

Enggan nama baik tercalar, Shuib, 40, dan Mamat, 39, menegaskan mereka kini lebih berhati-hati dalam menerima tajaan agensi pelancongan yang berminat untuk menerbangkan mereka ke Tanah Suci.

“Saya dan Mamat sebelum ini pernah ditawarkan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan yang berminat membawa kami ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Bagaimanapun kami menarik diri selepas terbaca aduan-aduan jemaah mengenai syarikat tersebut.

“Saya kalau boleh tidak mahu memanjangkan isu ini, sebab saya dan Mamat tidak tahu apa masalah sebenarnya. Kami hanya ingin beribadah dengan tenang, oleh itu kami putuskan untuk menarik diri,” ujar Shuib yang ditemui pada majlis sidang media kerjasama bersama Nuh Travel & Tours pagi tadi.

Mengulas isu yang sama, Mamat menyambut baik ketegasan Shuib mengenai perkara itu yang disifatkannya langkah tepat untuk melindungi imej dan nama baik mereka.

“Kami tidaklah ditipu agensi terbabit dan masalah yang berlaku hanya membabitkan sekumpulan jemaah sahaja.

“Pada awanya saya cadangkan kepada Shuib agar teruskan dengan perancangan yang telah disusun atur, namun Shuib bertegas dengan alasan yang pada saya munasabah.

“Ada benarnya kata Shuib, kalau boleh masalah dan perkara yang tidak diingini membabitkan program umrah ini dielakkan sebab kami akan dipersalahkan sekiranya timbul masalah kelak,” kata Mamat.

Meski kecewa kerana gagal menunaikan umrah bersama agensi sebelum ini, Shuib dan Mamat bersyukur kerana menerima tawaran daripada Nuh Travel & Tours yang akan membawa mereka menunaikan umrah pada 2 hingga 12 April depan.

“Alhamdulillah, kami terima pula rezeki lain apabila ditawarkan untuk ke Tanah Suci, itu pun selepas kami kaji selidik latar belakang mereka dan menandatangani kontrak barulah kami yakin,” kata Shuib.

Meskipun sudah beberapa kali menunaikan umrah, tetapi kali ini lebih istimewa kerana buat pertama kalinya Shuib dan Mamat akan terbang ke Mekah bersama.

Selain Shuib dan Mamat serta ahli keluarga, penyampai radio Suria FM, Kai Hassan akan turut mengikuti rombongan umrah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI