fbpx

Trump mahu bina sistem ‘Iron Dome’ untuk Amerika Syarikat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan misil yang digunakan dalam sistem pertahanan Iron Dome Israel di bandar Haifa. – AFP 

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif semalam untuk memulakan perancangan sistem pertahanan udara ‘Iron Dome’ di Amerika Syarikat (AS), seperti yang digunakan Israel bagi memintas beribu-ribu roket.

Trump mengarahkan setiausaha negara supaya menyerahkan pelan pelaksanaan ‘perisai pertahanan peluru berpandu generasi akan datang’ itu dalam masa 60 hari.

Ia bertujuan melindungi AS daripada misil balistik, hipersonik dan kruz termasuk pembangunan pemintas misil di angkasa lepas.

Semasa kempen pilihan raya 2024, Trump berulang kali berjanji untuk membina sistem pertahanan udara Iron Dome untuk AS seperti di Israel.

Bagaimanapun, beliau tidak mengendahkan bahawa sistem tersebut direka bagi menangkis misil jarak dekat, menyebabkan ia sukar melindungi daripada serangan peluru berpandu rentas benua yang menjadi ancaman utama AS.

“Sejak lebih 40 tahun lalu, ancaman daripada senjata strategik generasi akan datang menjadi lebih sengit dan kompleks,” demikian menurut perintah eksekutif Trump.

Israel menggunakan sistem Irone Dome untuk menembak jatuh roket yang dilancarkan musuh ketatnya, Hamas di Semenanjung Gaza dan kumpulan Hezbollah di Lebanon. – AFP

AS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI