fbpx

Kerajaan digesa lanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan digesa melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga pukul 10 malam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kelonggaran tambahan had waktu operasi selama dua jam itu akan memberi impak yang besar kepada rantaian ekonomi negara secara keseluruhannya dan kesan positif kepada pelbagai pihak.

“Saya faham peningkatan kes Covid-19 yang amat membimbangkan kini namun, ada kewajaran untuk kerajaan mengkaji semula syarat itu yang sememangnya agak menyukarkan banyak pihak.

“Saya yakin bahawa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh semua pihak kita dapat mengelakkan restoran dan kedai makan menjadi kluster jangkitan Covid-19 kerana mereka hanya menjual secara tempahan dan dihantar oleh pekerja penghantar makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 8 malam menyebabkan orang ramai terutama golongan baru pulang dari bekerja ketika itu, gagal untuk membeli juadah makan malam.

Katanya, waktu antara pukul 8 malam hingga 10 malam adalah waktu perdana bagi orang ramai untuk mendapatkan makanan untuk makan malam.

“Berilah sedikit pertimbangan untuk membolehkan mereka membuka restoran dan kedai makan sehingga pukul 10 malam.

“Saya dengar ramai sangat yang merungut dan mahukan kelonggaran diberikan. Ini soal kelangsungan hidup semua pihak dalam keadaan serba sukar sekarang ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI