fbpx

Tumbuk polis dalam kamar mahkamah, lelaki dipenjara enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosidi (dua dari kanan) di penjara enam bulan kerana menumbuk anggota polis berpangkat koperal di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Padah menumbuk seorang anggota polis berpangkat koperal di dalam kamar mahkamah pada minggu lalu, seorang lelaki dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd. menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Rosidi Mohamed, 37, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam berusia 38 tahun yang merupakan anggota polis bertugas di Mahkamah Majistret Kemaman.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Rosidi di dalam kamar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 12.45 tengah hari, 22 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi dan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI