fbpx

Ular sawa batik 130 kg ditangkap APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memegang seekor ular sawa batik seberat 130 kg yang ditangkap di Pejabat APM Daerah Besut hari ini.

BESUT – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram di Kampung Batu 13 di sini pada Sabtu lalu.

Pegawai Operasi APM Daerah Besut, Mohd. Fazli Mat Yusof berkata, sepasukan anggota agensinya bergegas ke lokasi itu sebaik menerima maklumat berhubung penemuan ular sawa sepanjang lima meter pada pukul 5.55 petang.

“Haiwan reptilia tersebut didapati sedang berlingkar di belakang sebuah rumah penduduk.

“Kita percaya ular sawa itu tersesat memasuki perkampungan dari hutan berhampiran,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Daerah Besut di sini hari ini.

Mohd. Fazli berkata, haiwan reptilia berkenaan dipercayai tertarik dengan haiwan ternakan dibela penduduk kampung.

Beliau berkata, anggota APM bertugas mengambil masa kira-kira 15 minit untul menjinakkan ular sawa berkenaan.

“Setakat ini, sebanyak 19 ekor ular sawa batik telah berjaya ditangkap APM Daerah Besut sejak awal bulan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI