fbpx

Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahun, cuti tanpa gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majikan yang berhasrat menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baru Cina diingatkan supaya tidak memaksa mana-mana pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji di dalam tempoh itu.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada pihak pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

Katanya, paksaan mengambil cuti itu berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am sempena Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 dan 30 Januari 2025.

“Kesuma ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan.

“Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” katanya hari ini.

Kata Kesuma, pekerja yang mendapati majikan telah menolak kelayakan cuti tahunan ataupun gajinya bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am boleh melaporkan perkara ini kepada Pejabat Tenaga Kerja.

Laporan itu boleh dibuat sebagaimana yang diperuntukan menerusi seksyen 69 Akta Kerja 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI