fbpx

Presiden, Timbalan letak jawatan dalam Pafa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal dan Adly Shah membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Pafa berkuat kuasa serta-merta pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kehilangan dua tokoh serentak apabila Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Kedua-dua pegawai tertinggi Pafa itu mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya di sini hari ini.

Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja mengambil tindakan drastik itu berikutan ura-ura bahawa kerajaan negeri enggan memberi bantuan dana selagi dia masih sebagai Presiden.

Beliau mengakui Persatuan itu sedang menghadapi masalah kewangan menyebabkan gaji pemain dan pegawai tertunggak selama lebih sebulan setengah.

“Pafa hanya membayar setengah bulan gaji bulan November kepada pemain dan pegawai.

“Saya ingat dapat menyelesaikannya dalam bulan Disember kerana sebelum ini kerajaan negeri bersetuju untuk membantu serta tiada halangan saya terus menerajui pafa,” katanya.

Tambah Peja, bagaimanapun nampaknya ada perkembangan baru dan dia mendengar khabar angin Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamed tidak mahu menyalurkan dana kepada Pafa.

“Saya kasihankan pemain dan pegawai yang tidak mendapat gaji. Oleh yang demikian, elok saya letak jawatan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI