fbpx

Kertas inkuiri dibuka siasat dakwaan judi di PKRC Maeps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang mendakwa wujud aktiviti judi di sebuah dewan PKRC, Maeps yang menempatkan pesakit Covid-19. 

SEPANG – Polis membuka kertas inkuiri bagi menyiasat dakwaan berlakunya aktiviti judi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19  Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas inkuiri itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini.

“Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut (mengenai kejadian itu) selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di Maeps,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa hari lepas kononnya wujud aktiviti judi di sebuah dewan PKRC, Maeps yang menempatkan pesakit Covid-19.

Berdasaran rakaman video itu terdapat beberapa lelaki dilihat berkumpul sambil bermain daun terup namun tiada wang diletakkan sebagai pertaruhan.

Tindakan segelintir pesakit Covid-19 itu seterusnya mengundang kecaman netizen mendakwa PKRC tersebut ibarat mini kasino.

Sebelum ini, media melaporkan, sekumpulan pesakit Covid-19 di PKRC Sabah mengambil minuman keras secara terbuka sehingga mengundang kemarahan orang ramai. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI