fbpx

KBS tidak mampu halang jurulatih ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY merupakan antara atlet terjun terbaik negara dan pernah beraksi di tiga temasya Sukan Olimpik.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak berupaya menghalang mana-mana bekas atlet yang berhasrat untuk berhijrah ke luar negara selepas menerima tawaran sebagai jurulatih.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata, pihaknya tidak mampu menyekat hasrat atlet yang mahu keluar bagi mencari pengalaman di luar negara memandangkan skim gaji ditawarkan jauh lebih menarik.

Beliau mengakui, agak berduka sebaik sahaja melihat bekas penerjun kebangsaan, Wendy Ng membuat keputusan untuk berkelana ke Singapura bagi menjadi jurulatih.

“Sebenarnya saya rasa sedih melihat Wendy pergi untuk menjadi jurulatih di Singapura. Bukan dia sahaja, masih ada ramai lagi atlet, termasuk dari gimnastik yang pergi ke Singapura.

“Apabila mengambil kira kadar tukaran mata wang, tawaran luar negara memang sangat menarik. Saya tak boleh sekat mereka keluar untuk mendapatkan pengalaman di China, Amerika dan sebagainya,” katanya.

Hannah turut memberitahu, pihaknya juga ada bertindak memberi kenaikan gaji kepada barisan jurulatih kebangsaan selepas membuat penilaian berhubung kadar gaji yang diberikan kepada mereka sebelum ini.

Tambah beliau, sukan ketika ini bukanlah hanya untuk rekreasi semata-mata, sebaliknya ia sudah dianggap sebagai satu industri kompetitif, sekali gus perlu memastikan jurulatih diberikan ganjaran setimpal.

“Itu sebabnya kami berikan kenaikan gaji untuk jurulatih (kebangsaan) tahun lalu dan sebab itu juga saya selalu bincang dengan kabinet mengenai bajet untuk pembangunan sukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI