fbpx

Kilang proses ayam lepas sisa ke sistem pembentungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penguat kuasa SPAN memeriksa keadaan di dalam kilang memproses ayam di Kapar, Klang yang dikesan membuang sisa pemprosesan ke dalam sistem pembentungan.

PUTRAJAYA – Sebuah kilang memproses ayam di Kapar, Klang, Selangor mengambil jalan mudah apabila dikesan membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembentungan.

Aktiviti itu bagaimanapun berjaya dihidu Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang kemudian melaporkannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam kenyataan akhbar berkata, kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Deluxe itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan SPAN.

“Bertindak hasil aduan daripada pihak IWK itu, kami mengesan kemasukan efluen terlarang ke dalam loji rawatan kumbahan awam.

“Premis ini disyaki membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam,” katanya.

Katanya, operasi bersepadu membabitkan SPAN dan IWK ini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam.

Menurutnya lagi, tindakan itu juga akan memberi impak kepada sistem rawatan kumbahan awam dan juga alam sekitar.

“Perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel [email protected]!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI