PONTIAN – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) mematahkan cubaan membawa keluar dadah jenis syabu ke negara jiran bernilai RM360,000 ribu disini, awal pagi semalam.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri Kamil berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.15 pagi apabila pihaknya mengesan sebuah bot fiber berwarna biru dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, kedudukan bot tersebut dikesan pada 0.5 batu nautika barat laut muara Sungai Rambah, di sini.
“Menyedari kehadiran bot ronda APMM, bot tersebut menuju ke perairan cetak dan seorang suspek melarikan diri ke hutan paya bakau dan meninggalkan bot fibre itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Kama Azri, disebabkan perairan yang cetek, pihaknya telah meminta bantuan bot APMM lain yang bersesuaian bagi mengambil dan membawa bot fibre yang ditinggalkan oleh suspek.
“Pemerikasaan keatas bos tersebut, kami menjumpai sebuah beg galas berwarna hitam yang di dalamnya mengandungi lima bungkus dadah seberat 5 kilogram (kg).
“Serta satu bungkusan pil disyaki pil ekstasi dimana nilai-nilai kedua-dua barangan yang dirampas bernilai RM360,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE