PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris diculik di hadapan sebuah kedai dalam kejadian di Bandar Saujana Putra, Khamis lalu.
Menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kelhatan seorang lelaki cuba menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik putih dari arah belakang.
Bagaimanapun tindakan suspek itu gagal selepas wanita itu berjaya mengesan tindakan suspek sebelum menoleh ke belakang.
Suspek yang tidak mengenakan penutup muka itu segera melarikan diri selepas cubaan menculik itu berjaya dipatahkan mangsa.
Berdasarkan rakaman CCTV itu juga kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.37 pagi.
Susulan kejadian itu, mangsa telah meminta rakaman CCTV tersebut daripada salah sebuah premis di kawasan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya sedang mengesan wanita dalam rakaman CCTV itu bagi mengesahkan motif kejadian.-KOSMO! ONLINE
Percubaan menculik gagal. Hati-hati terutama perempuan kalau keluar malam sorang-sorang 😥 pic.twitter.com/BS92hbAKFC
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) January 25, 2025