fbpx

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa amaran tersebut melibatkan hujan lebat berterusan di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah bermula esok sehingga Rabu, 29 Januari.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Sarawak bermula esok sehingga Khamis, 30 Januari ini.

“Kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” lapor MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI