fbpx

Warga asing rogol bekas anak tiri berusia sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Tawau menahan seorang lelaki warga asing yang tergamak merogol bekas anak tirinya baru berusia sembilan tahun. -Foto PDRM

TAWAU – Tiada hati perut. Itulah gambaran seorang lelaki warga asing yang tergamak merogol bekas anak tirinya baru berusia sembilan tahun.

Suspek berusia 32 tahun turut mengancam mencederakan dan membunuh mangsa sekiranya bekas isterinya membuat laporan polis.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan polis selepas bekas isteri suspek berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Kalabakan sekitar pukul 10.15 pagi pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil laporan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan menjalankan operasi di sebuah bangunan ladang di kawasan Kalabakan dan memberkas suspek kira-kira pukul 6 petang hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah melakukan jenayah seksual terhadap mangsa sejak beberapa bulan yang lalu.

“Suspek turut memberi ancaman kepada bekas isterinya bahawa dia (suspek) akan mencederakan dan membunuh anak mereka sekiranya wanita itu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa sebelum ini telah dijaga oleh bapa tirinya menceritakan kejadian itu kepada ibunya pada 20 Januari lalu di rumahnya.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI