fbpx

‘Dia minta air, sebut Tuhan sebelum ditendang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALIM menunjukkan video lelaki OKU mental yang tular selepas didakwa dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kuala Terengganu.

GEORGE TOWN – ‘Datuk Seri Sultan Pemurah’ yang menghadiahkan pakej umrah kepada ­lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali Paijang mengakui tersentuh dengan nasib menimpa mangsa, minggu lalu.

Datuk Seri Salim Abdul Rahman yang juga Pengerusi Yayasan Global Mesra berkata, insiden di sebuah pasar tani di Kuala Terengganu itu tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan orang Islam.

Menurutnya, beliau sememang­nya tersentuh melihat ­video tular yang memaparkan keadaan lelaki OKU tersebut terutama ketika dalam keadaan merayu pertolongan dan memohon maaf atas perkara berlaku.

“Paling sedih masa dia (Paijang) minta air, dia tadah mukanya guna air hujan dan sebut Tuhan sebelum ditendang.

“Lagipun dia ada kad OKU, tidak patut perlaku sebegitu. Insiden ini telah membuka hati saya untuk membantu abang (Paijang) dan seluruh keluarga­nya untuk menunaikan umrah pada 25 Mei ini.” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Salim berkata, tiada hak untuk seseorang individu mengambil tindakan sendiri dan mereka semestinya perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Harap si pelaku dibawa ke muka pengadilan. (Perlaku) insaflah dengan setiap perbuatan yang dilakukan dan mohon maaf kepada mangsa,” ujarnya.

Katanya, kos perbelanjaan pakej umrah untuk Paijang sekeluarga berjumlah hampir RM100,000 dan pihaknya juga dalam perancangan bertemu dengan keluarga lelaki itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki mental berusia 47 tahun dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Januari lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggang bapa anak lima tersebut dikatakan terlanggar sebuah gerai di pasar tani terbabit sehingga menyebabkan makanan jualan tertumpah ke atas jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI