fbpx

Cuci rumah orang tampung kos rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NADZIRAH (kiri) mengambil upah mencuci rumah orang bagi menampung perbelanjaan harian di Flat Sri Conolly, Station 18, Ipoh.

IPOH – Seorang ibu tunggal terpaksa mengambil upah mencuci dan mengemas rumah orang bagi menampung keperluan harian serta kos rawatan pelbagai pe­nyakit yang ditanggungnya sejak enam tahun lalu.

Siti Nadzirah Jorimi, 40, berkata, hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukannya ekoran keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akibat penyakit kanser payu dara selain kencing manis, migrain dan asma yang dihidapinya.

Bercerita lanjut, katanya, ada kalanya apabila badannya terlalu lemah, dia tidak dapat meme­nuhi permintaan pelanggan dan hanya mampu berehat di rumah.

“Badan saya sudah tidak sekuat dahulu lagi. Sekarang ini pun saya cepat penat dan tak boleh nak buat kerja dalam tempoh yang lama.

“Kadang-kadang terpaksa tolak permintaan pelanggan dan hanya berehat di rumah. Ada ketikanya saya memang tak boleh keluar rumah langsung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Sri Conolly, Station 18 di sini baru-baru ini.

Tambah ibu kepada dua anak itu, setiap bulan dia perlu mendapatkan rawatan susulan, namun kerana ketiadaan wang untuk menampung kos rawatan kira-kira RM300 setiap bulan, dia terpaksa mengabaikan janji temu dengan doktor.

“Setiap bulan saya ada janji temu dengan doktor, tapi saya kadang-kadang tak cukup duit. Jadi saya biarkan saja kecuali kalau betul-betul sakit, barulah saya berjumpa doktor,” ujarnya.

Siti Nadzirah berkata, setakat ini dia tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi walaupun pernah memohon, namun tidak diluluskan.

Kisah hidup Siti Nadzirah mendapat perhatian Persatuan Usahawan Urutan Tradisional Melayu Wanita Kinta Perak dan sumbangan turut disampaikan kepadanya melalui Pengerusi­nya, Noriah Yahya.

Noriah berkata, pihaknya akan membawa isu ini kepada beberapa agensi yang berkaitan agar bantuan dapat disampaikan kepada Siti Nadzirah.

Orang ramai yang ingin me­nyampaikan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 1582 7506 6175 atas nama Siti Nadzirah Jorimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI