fbpx

‘Latihan dengan Mak Idayu buat saya berpeluh ketiak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ning menyifatkan sesi latihan dengan Mas Idayu sangat memberikan pengajaran buat dirinya.

PETALING JAYA – Bakal mendendangkan lagu dangdut pada konsert suku akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) Ahad nanti, penyanyi Ning Baizura bertuah mendapat ilmu daripada ratu dangdut iaitu Mas Idayu untuk mengajarnya pada minggu ini.

Menurut Ning, 49, yang akan mendendangkan lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan milik Mas Idayu, genre muzik tersebut memberi cabaran besar namun bersyukur penyanyi berkenaan banyak memberi ilmu buat dirinya.

“Alhamdulillah bila dapat belajar daripada penyanyi asal memang meremang ya, terima kasih mummy (panggilan Mas Idayu) sudi ajar saya seikhlas-ihklasnya.

“Lenggok dangdut tidak mudah, insya-Allah akan bawa aura lagu ini bersama dengan ilmu mummy,” katanya dalam TikTok.

Pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu turut menyifatkan Mas Idayu sebagai guru yang tegas namun tetap memiliki sisi yang lembut ketika mengajar.

“Mummy seorang yang sangat baik hati, tegas dan berdisiplin, inspirasi kita ya. Terima kasih sudi luangkan masa, tenaga, duit minyak, ilmu dan datang rumah yang tak seberapa ini

“Ning takkan lupa jasa baik mummy ini, kita rock dan dangdutkan MBSA pada Ahad ini,” ujarnya.

Akuinya, melakukan sesi latihan bersama penyanyi lagu Selangit itu antara pengalaman mendebarkan buat dirinya selain berjanji akan memberikan yang terbaik buat para peminat.

“Latihan yang paling kuat buat kita berpeluh satu badan, peluh ketiak pun. Sudah faham baru boleh buat betul-betul.

“Saya akan relaks dan tenang, cuba untuk stailkan dangdut dengan gedik saya sendiri. Tak mengapa, saya suka cabaran. Doakan ya semua,” katanya lagi.

Minggu suku akhir yang berlangsung Ahad ini adalah bertemakan rock & dangdut.

Selain Ning, enam peserta lain yang akan bertanding bagi merebut tempat ke separuh akhir ialah Liza Aziz, Sheila Abdul, Zehra Zambri, The Lima, Dadali Dyga dan Fairuz Selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI