PETALING JAYA – ‘Semalam abang mengigau. Dalam mimpi duk sebut Jijah, Jijah, Jijah’.
Begitulah mesej tular di Facebook yang memaparkan seorang isteri memulakan ‘soal siasat’ terhadap suaminya setelah mendengar nama misteri disebut suaminya ketika tidur.
“Semalam abang mengigau. Dalam mimpi duk sebut Jijah, Jijah, Jijah. Boleh Sue tahu Jijah tu siapa?” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang tidak melepaskan peluang untuk memberi komen lucu.
“Jangan main-main dengan bini, bang oi! Dia buat tidur ja sebelah tu, habislah kau,” usik Aryan Ijoy.
“Abang, katanya tengah jampi, jah jah jah. Bukan Jijah,” seloroh Naeeem.
“Siasatan kaum isteri tak pernah ada kesudahan. Makan bertahun-tahun pun ada yang tak selesai,” kata Asyrik. -KOSMO! ONLINE