fbpx

Hampir seluruh negara hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk hampir seluruh negara sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda seluruh kawasan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, dan Labuan.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka terkesan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, sementara di Kelantan, ribut petir melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan.

Di Pahang pula, cuaca buruk sama melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, ribut petir dijangka di Jelebu dan Jempol, manakala di Johor pula hanya melibatkan Segamat.

“Hujan lebat juga dijangka melanda Kuching, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak serta Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI