fbpx

Djokovic tarik diri, dicemuh penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC terpaksa membuat keputusan berat apabila menarik diri daripada meneruskan aksi separuh akhir disebabkan kecederaan. - AFP

MELBOURNE – Harapan Novak Djokovic untuk meraih gelaran ke-11 Terbuka Australia musnah apabila dia terpaksa menarik diri dalam perlawanan separuh akhir menentang pilihan kedua, Alexander Zverev selepas tewas set pertama 7-6 (7-5) dalam aksi berlangsung selama 80 minit.

Bintang Serbia berusia 37 tahun yang sudah memenangi 23 gelaran Grand Slam itu, kelihatan tidak berada pada tahap terbaik dengan balutan tebal di kaki kirinya, susulan kecederaan otot dialami ketika kemenangan suku akhir ke atas Carlos Alcaraz pada Selasa lalu.

“Saya telah lakukan segala yang mungkin untuk mengawal kecederaan otot yang saya alami. Menjelang penghujung set pertama, saya mula rasa kesakitan semakin bertambah. Ia terlalu sukar untuk saya tangani,” kata Djokovic.

Drama turut tercetus di Rod Laver Arena, Melbourne itu apabila Djokovic menerima sorakan negatif daripada para penonton ketika melangkah keluar selepas tersilap memukul voli ke dalam jaring ketika set point.

Meskipun kecewa, Djokovic tetap mempamerkan sikap profesional apabila berjabat tangan dengan Zverev sebelum melambaikan tangan kepada penonton sambil memberikan isyarat ‘thumbs up’.

“Saya tahu walaupun saya memenangi set pertama, ia tetap akan menjadi cabaran yang sangat sukar untuk kekal cergas secara fizikal dan bersaing dengannya dalam perlawanan selama dua, tiga, atau empat jam.

“Saya rasa saya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk itu hari ini,” tambah Djokovic.

Kemenangan itu memberi peluang besar kepada Zverev untuk meraih gelaran Grand Slam pertamanya selepas dua kali tewas di pentas final sebelum ini.

Pemain Jerman itu kini menanti pemenang di antara pilihan utama dari Itali, Jannik Sinner dan pemain pilihan ke-21 dari Amerika Syarikat, Ben Shelton dalam perlawanan akhir pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI