fbpx

‘Apabila bercakap fasal kesihatan mental, saya jadi triggered’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terkesan dengan kes lelaki OKU dipukul sekumpulan peniaga, Zynakal menyifatkan masyarakat kini semakin kejam apabila bertindak tanpa belas kasihan terhadap insan lain.

PETALING JAYA – Terkesan dengan kes lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dipukul sekumpulan peniaga, penyanyi Zynakal menyifatkan masyarakat kini semakin kejam apabila bertindak tanpa belas kasihan terhadap insan lain.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 27, berkata, dia terpanggil menyentuh kejadian terbabit sebaik mengetahui mangsa berusia 47 tahun itu mempunyai masalah kesihatan mental.

“Kes seorang pakcik OKU dipukul itu membuat saya tampil memberikan respons. Pakcik itu fizikal nampak sempurna, tapi dia mempunyai masalah kesihatan mental.

“Apabila bercakap fasal kesihatan mental, saya jadi triggered. Pakcik itu sudah tua dan saya tak boleh terima apabila dia dipukul.

“Perbuatan tersebut sangat kejam,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok miliknya.

Sebak sehingga menitiskan air mata, Zynakal yang berdepan masalah bipolar mania bersimpati selain mendoakan kesejahteraan individu terbabit.

“Kalau dapat jumpa pakcik itu, saya nak peluk dia. Saya nak beritahu dia yang ramai orang tak akan faham tentang masalah mental.

“Saya harap dia dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” ujarnya yang didiagnosis bipolar pada usia 19 tahun.

Pada 17 Januari lalu, tukar rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret beberapa individu di sebuah pasar awam.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki terbabit yang menunggang motosikal, terlanggar sebuah gerai sehingga mengakibatkan makanan jualan peniaga terjatuh.

Polis setakat ini menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI