fbpx

Dua sahabat berdepan tali gantung edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEN KAI (kiri) dan Boon Hao dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram, 10 Januari lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dua sahabat berdepan hukuman ke tali gantung atau dikenakan penjara seumur hidup apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg), awal bulan lalu.

Tertuduh, Chong Wen Kai, 20, dan rakannya, Justin Ng Boon Hao, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana pertuduhan mereka terletak bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama telah mengedar dadah jenis MDMA seberat 22,008 gram di sebuah kediaman di Midori Green, Jalan Mutiara Emas 8, Taman Mount Austin di sini, pada pukul 8.50 malam, 10 Januari lalu.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, kedua-dua tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan memiliki dadah iaitu 270 gram ketamin dan 10 gram nimatezepam masing-masing di lokasi dan tarikh yang sama. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif dan Amirah Tasnim Saleh.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin selain menetapkan tarikh 10 Mac dan 25 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI