fbpx

‘Nak berhimpun, berhimpunlah’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada pemberita selepas hadir menunaikan solat jumaat di Pusat Islam UiTM Dengkil, di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

DENGKIL – Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana himpunan jika itu bertujuan untuk melawan atau membanteras aktiviti rasuah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengesahkan bahawa himpunan (Himpunan Rakyat Benci Rasuah) yang dijadual esok telah diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa tempat atau lokasi himpunan yang tidak dibenarkan untuk berhimpun.

“Kita tak ada masalah, boleh. Kerajaan memberi kebenaran (untuk berhimpun), malah kebenaran sudah diberikan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebut kebenaran diberikan.

“Cuma ada tempat-tempat yang tidak diberi kebenaran untuk berhimpun. Tapi bagi saya tak ada masalah, buatlah, bantah-bantahlah rasuah. Kalau ada (himpunan lawan rasuah), saya tidak tolak usul, nak berhimpun, berhimpunlah,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama pelajar UiTM Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil, di sini hari ini.

Katanya, beliau menegaskan bahawa jika ada pihak mahu menghancurkan himpunan melawan rasuah dan ia dibenarkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI