fbpx

‘Mungkin dilihat terlalu seksi, selagi tak keterlaluan saya okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trisha sanggup menindik kening demi tuntutan watak dalam sebuah drama.

KUALA LUMPUR – Pelakon yang semakin meningkat naik, Trisha Ooi sanggup melakukan perubahan pada penampilannya termasuklah menindik kening demi menghidupkan watak dalam lakonan.

Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd. Nasron Ooi, 26, dia mahu menyahut cabaran sebagai seorang pelakon dengan menampilkan sisi yang berbeza setiap kali muncul dengan naskhah baharu.

“Sebelum ini orang lihat saya berambut ‘blonde’. Terbaharu saya tindik kening demi watak dalam drama One Cent Thief musim kedua.

“Sebagai pelakon saya akan cuba tunaikan permintaan pihak produksi tentang penampilan saya untuk watak yang akan saya lakonkan.

“Tetapi saya masih tetapkan limitasi agar tidak melanggar batas dan keterlaluan. Mungkin ada yang berpendapat saya kelihatan seksi, tetapi selagi tidak keterlaluan saya okey sahaja,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama One Cent Thief musim kedua baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya sebagai watak baharu dalam tersebut, Trisha mengakui teruja terpilih sebagai salah seorang pelakon.

“Saya sangat gembira dan rasa bertuah kerana terpilih sebagai salah satu watak baharu dalam drama yang menjadi fenomena ini. Ini kali pertama saya berlakon untuk Astro.

“Watak ini adalah watak yang saya idam-idamkan selama ini. Memang saya pernah bawakan watak aksi sebelum ini. Tetapi kesemuanya untuk filem. Untuk drama bersiri ini adalah pertama kali.

“Watak ini lain daripada watak-watak aksi yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Jalan cerita One Cent Thief ini pun lain daripada drama-drama yang sedia ada.

“Karakter sebagai D dalam drama ini betul-betul mencabar saya sebagai seorang pelakon daripada segi lakonan, penghayatan dan juga penampilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI