fbpx

Pegawai bomba nikmati 60 jam rehat selepas lapan syif tugasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham ketika sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kumpulan pegawai bomba akan menikmati cuti rehat lebih lama selepas tugasan syif menerusi pelaksanaan inisiatif Hari Rehat Mingguan (HRM) bermula 1 Februari depan.

Menerusi inisiatif itu, setiap pegawai bomba yang bertugas melalui sistem waktu bertugas syif 12 atau 24 jam akan menikmati HRM sebanyak 26 hari setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, menerusi sistem syif baharu itu, setiap pegawai bomba yang bertugas selama lapan syif akan menikmati HRM selamat 60 jam atau dua hari setengah.

Beliau berkata, 60 jam itu membabitkan satu hari rehat, satu hari pelepasan mingguan dan 12 jam rehat sebelum memasuki permulaan syif berikutnya.

“Mulai 1 Februari ini, kita telah menyusun semula sistem tugasan syif selaras mematuhi arahan atau pekeliling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Sistem syif baharu itu menggunakan pendekatan atau prinsip ‘Work More, With Less’,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2025 di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif itu telah diputuskan selepas libat urus dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPA dan kesatuan pegawai bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI