fbpx

Jambatan tertinggi dunia dibuka tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan tertinggi di dunia kini dalam pembinaan di wilayah Guizhou, China. - Rex

BEIJING –  Sebuah jambatan tertinggi di dunia yang sedang dibina di China bakal dibuka kepada orang ramai lewat  tahun ini, lapor akhbar The Sun UK. 

Dinamakan Jambatan Ngarai Besar Huaijiang, struktur sepanjang 2.81 kilometer itu dibina di wilayah Guizhou, barat daya China. 

Jambatan itu dibina pada ketinggian 624.84 meter di atas Sungai Beipan dan  hampir menyamai  ketinggian bangunan tertinggi China iaitu Menara Shanghai. Menara Shanghai  memiliki 128 tingkat dan setinggi 632 meter. 

Struktur itu juga sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Jambatan Golden Gate dan menyamai tinggi dua menara Eiffel.Ia memiliki berat melebihi 22,000 tan atau tiga kali ganda berat Menara Eiffel.

Jambatan itu dapat mengurangkan masa perjalanan selama sejam untuk menyeberangi Ngarai Huajing sebelum ini kepada hanya dua minit. 

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Guizhou, Chen Jianlei berkata, pembinaan tersebut bertujuan meningkatkan rangkaian sambungan di rantau berkenaan.

“Pembinaan Jambatan Ngarai Besar Huajiang akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara Guiyang, Anshun dan Qianxinan selain memupuk integrasi ekonomi serantau,” katanya. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI