fbpx

TMM 2026: MOTAC kaji semula sasaran awal 36 juta pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahun Melawat Malaysia 2026

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan sasaran awal 36 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) mungkin akan dikaji semula.

Ini kerana kata kata Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah pelancong pada tahun lalu telah mencecah 38 juta dan ia jauh melebihi sasaran yang dibuat sebelum ini.

“Kita sudah mencapai 38 juta pelancong pada tahun lalu, jadi sudah tiba masanya untuk mengkaji semula sasaran TMM 2026. Jika kita kekalkan angka 36 juta, ia akan menjadi sasaran yang lebih rendah berbanding pencapaian semasa.

“Kami akan semak semula sasaran ini agar ia lebih realistik dan dapat memberi impak ekonomi yang lebih besar kepada negara melalui sektor pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, kementerian juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan, dengan fokus pada usaha meningkatkan perbelanjaan per kapita pelancong asing.

Menurut beliau, kementerian juga akan melancarkan kempen berskala besar yang memfokuskan produk pelancongan berkualiti tinggi, termasuk segmen pelancongan mewah.

“Sekarang kita berada pada tahap RM3,000 per kapita, tetapi kita sedang berusaha untuk meningkatkan nilai ini. Apabila pelancong membelanjakan lebih banyak, ekonomi tempatan akan menerima manfaat besar.

“Kami akan melihat data terkini untuk menetapkan sasaran yang lebih relevan dengan trend pelancongan global. Kita juga perlu pastikan ada produk eksklusif yang mampu menarik minat mereka.

“Semua sektor, termasuk industri perhotelan, restoran mewah dan penganjur aktiviti premium, harus bekerjasama untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pelancong kelas atasan dan kelas pertengahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI