fbpx

‘Atuk’ panas baran pukul staf Puspakom didenda RM1,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUA didenda RM1,600 kerana memukul seorang kakitangan Puspakom dalam kejadian 18 November lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Tindakan panas baran seorang warga emas yang memukul seorang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), minggu lalu mengundang padah apabila didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Koh Soon Hua, 60, setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd. Suzaini Mohd. Taib pada pukul 5.40 petang, 18 November lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif.

Sebelum ini tular di media sosial satu rakaman video rakaman televisyen litar tertutul (CCTV) memaparkan lelaki warga emas itu bertindak memukul muka seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI