PETALING JAYA – Dalam setiap perayaan di negara ini, Sunway Resort Hotel sentiasa berada ke hadapan dalam rekaan dalamannya yang unik dan menarik bagi menampilkan tema bersesuaian dengan sambutan sesuatu perayaan tersebut.
Bersesuaian dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, pihak hotel telah menempatkan satu dekorasi unik dan kreatif menggunakan tema ular dengan bunga-bunga gergasi yang menghiasi lobi hotel berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sunway Resort Hotel, dekorasi terbaharu ini bersesuaian dengan Tahun Ular untuk perayaan pada tahun ini selain ditempatkan dalam taman mewah yang memiliki pelbagai bunga yang sedang mekar .
Ular dengan sisik yang berkilauan setinggi tujuh kaki dengan 15 kaki panjang itu melingkari bunga gergasi yang sedang mekar di ruangan tersebut telah menampilkan satu pemandangan menarik yang membuatkan pengunjung hotel leka melihatnya.
“Sebaik tiba di lobi hotel, pengunjung pastinya akan terpukau dengan keberadaan bunga berwarna merah dan merah jambu yang di susun secara unik di sekeliling ikonik ‘sepak takraw’ di situ.
“Sebahagian daripada bunga yang sedar mekar itu kelihatan hidup menjadikan ia sebagai satu lokasi wajib kepada pengunjung untuk bergambar untuk dititipkan sebagai kenangan percutian di hotel berkenaan,” jelas kenyataan tersebut.
Sementara itu, bagi mereka yang masih lagi mencari hotel atau restoran untuk menikmati makan besar bersama keluarga, Sunway Resort Hotel boleh dijadikan pilihan terbaik untuk memanfaatkan masa bersama keluarga dan orang tersayang.
Pakej hidangan untuk makan malam pada 28 Januari ini bakal menawarkan set menu yang lazat, segar, kreatif dan pastinya memenuhi cita rasa pengunjung.
Antara kelainan yang ditampilkan adalah salmon Norwegian yang segar dan Snow Pear Yee Sang yang melambangkan kemakmuran dan juga perpaduan.
Turut dihidangkan menu luar biasa Sea Moss Abalone En Croutedengan Steamed Whole Mangrove Jack Snapper dan Lobster Bisque with Crispy Rice.
Set menu makan bersama ini ditawarkan pada harga serendah RM1,728 untuk enam orang dengan lapan jenis hidangan sehingga RM2,688 untuk 10 orang.
Selain itu terdapat juga hidangan bufet sempena Tahun Baru Cina dengan pelbagai menu lazat yang ditawarkan di restoran Sunset Terrace sehingga 12 Februari ini.
Antara menu yang ditawarkan adalah Stuffed Whole Boneless Chicken with Sea Cucumber; Fish Maw in Superior Stock, Poached Tiger Prawns with Lobster Bisque, Steamed Fish Fillet with Spicy Golden Capsicum. -KOSMO! ONLINE