fbpx

Penunggang maut, motosikal terbakar bertembung Toyota Alphard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL yang ditunggang mangsa terbakar 90 peratus dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan jenis MPV di Kilometer 343.0 Lebuh Raya Utara -Selatan arah utara dekat Bidor pada pukul 2.24 pagi tadi. - FOTO ihsan JBPM Perak

TAPAH – Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah motosikal jenis Suzuki Raider 150 yang dia tunggang bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di Kilometer 343.0 Lebuh Raya Utara -Selatan arah Utara dekat Bidor kira-kira pukul 2.24 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali Samree Sungkai yang berumur 47 tahun itu maut dilokasi kemalangan kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, nahas itu menyebabkan 90 peratus motosikal itu terbakar dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Ketua operasi melaksanakan size up dan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran motosikal dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 3.35 pagi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI