fbpx

DPPDM aktif susun strategi perkasakan perniagaan tahun 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan DPPDM, tetamu jemputan dan selebriti bergambar bersama pada majlis penyampaian anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (Insken) telah menganjurkan majlis penyerahan Anugerah Usahawan Madani 2024 yang meraikan seramai 60 tokoh usahawan daripada pelbagai bidang.

Presiden DPDDM, Datuk Seri Nor Hasnal Hashmi berkata, Anugerah Madani ini adalah inisiatif pertama bersama INSKEN yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara usahawan-usahawan di seluruh negara.

“Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir, untuk memberikan galakan dan inspirasi kepada generasi baru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nor Hasnal  menyatakan, dewan perniagaan tersebut menyasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui pelbagai kaedah dan platform yang telah dirancang.

Selain itu, DPDDM juga akan bekerjasama dengan syarikat Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk melaksanakan beberapa projek.

“Ada dua Projek Usahawan Vending Machines DPDDM akan melibatkan 1000 usahawan, termasuk ahli-ahli dan golongan B40 untuk menyertai projek ini. Pembiayaan akan disediakan oleh DPDDM bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan golongan B40.

“Bagi Projek Usahawan Agro Tani, DPDDM akan membuka peluang kepada ahli-ahli untuk menyertai latihan bersama INSKEN bagi mengusahakan tanaman Halia Bentong melalui kaedah kontrak pertanian.

“Sebagai permulaan kawasan pertanian seluas 100 hektar, dikenali sebagai Halia City akan diwujudkan. Tapak ini akan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) terkini bagi meningkatkan hasil tanaman dan memberi pulangan lumayan kepada para peserta,” ujarnya.

Tambah beliau, projek ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan dan membangunkan ekonomi usahawan tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI