fbpx

Birkin International Hotel di Melaka tawar pelancongan mewah bertaraf global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan dan kakitangan Birkin International Hotel Melaka kini bersedia menerima kehadiran pelancong asing dan tempatan untuk memanfaatkan pengalaman percutian serba mewah.

PETALING JAYA – Melaka yang begitu terkenal dalam kalangan pelancong asing dan tempatan kini dilengkapi lagi dengan sebuah hotel baharu yang terletak di Pantai Klebang dengan menawarkan percutian dan pengalaman mewah bertaraf dunia kepada pengunjungnya.

Birkin International Hotel telah membuat pelancaran awalnya minggu ini dan bersedia untuk menerima kehadiran pelancong untuk menikmati pengalaman percutian yang unik dan mengagumkan.

Premis bernilai RM500 juta itu yang memiliki 526 bilik itu bakal mentakrifkan semula seni hospitaliti dengan menggabungkan kecanggihan bertaraf dunia dan komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial.

Ia terdiri daripada  bilik jenis Deluxe Suite, Deluxe Premier Suite, Deluxe Seaview Suite, Family Suite Seaview, Family Suite, Family Premier Suite dan Presidential Suite serta dilengkapi dengan tempat tidur premium, kelengkapan bilik mandi berkualiti tinggi dan dalaman yang elegan. 

Hotel tersebut terletak berdekatan dengan Pantai Klebang dan berdekatan dengan kubu A Famosa, Bukit St. Paul, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Kuil Cheng Hoon Teng, Jonker Street dan The Stadthuys, serta kawasan perniagaan utama dan hab budaya. 

Pengurus Besar Birkin International Hotel, Simon Tan  berkata,  hotel itu mewakili masa depan hospitaliti dengan gabungan keanggunan yang halus, kemudahan yang luar biasa dan komitmen teguh terhadap kelestarian. 

“Dari seni bina yang menakjubkan hingga pemandangan Selat Melaka, Birkin International Hotel mencerminkan kemewahan dengan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pengunjung kami dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

 Menurut Tan, keunggulan kulinari adalah tunjang utama penawaran hotel ini, yang mana tetamu boleh menikmati hidangan bertaraf dunia di Birkin Kitchen, merasai kemahiran fine dining di Nalu Fine Dining atau bersantai dengan koktel khas di Blu Bar.

“Hotel ini juga menawarkan pelbagai kemudahan bertaraf dunia yang direka dengan teliti untuk mencipta pengalaman kepada pengunjungnya seperti kolam renang luar di tingkat tujuh dengan pemandangan panorama Selat Melaka dan dilengkapi dengan sundeck untuk bersantai.

“Ia turut dilengkapi dengan Tranquility Spa & Wellness Center, sebuah tempat untuk peremajaan dan berehat holistik serta Birkin Kids Club dan taman permainan, sesuai untuk pelancong keluarga dengan anak kecil,” ujarnya.

Selain itu, hotel tersebut menawarkan pusat kecergasan 24 jam yang serba lengkap, direka untuk gaya hidup aktif manakala Traveller’s Gift Shop pula menawarkan cenderamata yang diinspirasikan secara tempatan dan keperluan pilihan.

Untuk acara korporat dan perayaan, Grand Ballroom serta ruang mesyuarat serba guna juga disediakan dan hotel ini juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang.

Birkin International Hotel menonjol dengan komitmen teguh terhadap kelestarian dengan inisiatif utama termasuk sistem pengurusan udara dan bau canggih, sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) pintar.

Turut dilengkapi teknologi penghasilan air menggunakan osmosis berbalik bagi memastikan standard kecekapan sumber yang tertinggi. 

Stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan kiosk daftar masuk kendiri hotel ini juga memperkukuhkan dedikasinya terhadap inovasi mesra alam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI