fbpx

Malaysia kelompok 85 daripada 198 negara berjaya serah Laporan Transparansi Dwitahunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tengah) ketika melancarkan buku BTR pertama di Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia berada dalam kelompok 85 daripada 198 negara yang berjaya memenuhi komitmen untuk menyerahkan Laporan Transparansi Dwitahunan (BTR) pertama dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kejayaan itu sekali gus menunjukkan bahawa Malaysia komited terhadap peranan globalnya dalam perjanjian iklim.

“Malaysia menyerahkan BTR pertama kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) pada 31 Disember 2024.

“Laporan ini adalah salah satu komitmen Malaysia dalam rangka Perjanjian Iklim Paris bertujuan melaporkan keadaan semasa bagi pengurangan gas rumah kaca (GHG), langkah-langkah mitigasi serta sokongan kewangan dan pemindahan teknologi kepada negara-negara yang lebih memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hasil Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC): Pelancaran Laporan Pembabitan Malaysia di UNFCCC-COP29 (Persidangan Ke-29 Pihak-Pihak) dan Laporan Ketelusan Dwitahunan (BTR) di sini hari ini.

Katanya, serahan BTR pertama itu memberi gambaran jelas tentang usaha Malaysia dalam mencapai sasaran Nationally Determined Contribution (NDC) iaitu pengurangan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

“Dalam jangka panjang, Malaysia juga berhasrat mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih atau ‘emissions net-zero’ menjelang 2050,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI