fbpx

Bakat Medina dijejak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEDINA (kanan) memiliki keistimewaan sebagai pemain pertahanan menyebabkan United mahu segera mendapatkan khidmatnya. – AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan cuba menjadikan perpindahan pemain pertahanan RC Lens dari Argentina, Facundo Medina direalisasikan pada jendela perpindahan kali ini.

Medina berjaya mempamerkan kemampuannya dalam ­saingan Ligue 1 Perancis setakat ini selepas melengkapkan perpindahannya dari kelab Telleres di Argentina dengan nilai seba­nyak £2.7 juta (RM14.87 juta).

Menurut satu laporan di Pe­rancis, United semakin serius untuk mendapatkan Medina dengan nilai £11 juta (RM60.58 juta) dan membenarkan pemain itu terus kekal bersama Lens sehingga penghujung musim ini.

Kemampuan pemain berusia 21 tahun itu yang boleh me­nguasai bola serta membaca permainan pihak lawan menyebabkan dia diburu bukan sahaja oleh United tetapi beberapa lagi kelab lain.

Persembahan cemerlangnya bersama Lens juga memboleh­kan dia dipanggil untuk me­nyertai skuad senior Argentina pada September tahun lalu dan melakukan debut ketika menggantikan Lautaro Martinez ketika menentang Bolivia pada aksi Kelayakan Piala Dunia.

Medina telah membuat 11 penampilan setakat ini bersama Lens dan turut membantu kelab itu menduduki tangga ke-10 Ligue 1 selepas mengutip 28 mata daripada 19 perlawanan setakat ini.

Persembahan cemerlangnya dibenteng pertahanan mengi­ngatkan para peminat Lens terha­dap bekas pemain mereka Raphael Varane yang menjadi bu­ruan banyak kelab sebelum me­milih menyertai Real Madrid.

United terdesak untuk mendapatkan pemain pertahanan ketika ini untuk menambah kekuatan ekoran prestasi tidak menentu Harry Maguire, Victor Lindelof dan Eric Bailly. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI