fbpx

Izzah tuai lima emas saingan Piala Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAH (tengah) menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara keirin hari ini. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri menutup saingan Piala Presiden dengan bergaya apabila meraih lima pingat emas keseluruhan.

Pada saingan Siri 3 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan hari ini, dia berjaya memastikan pingat emas keirin menjadi miliknya, sekali gus menebus kekecewaan meraih perak Siri 2.

Izzah menyuarakan rasa gembira kerana dapat menutup saingan dengan kilauan emas selain menjadi pengubat duka selepas tewas kepada Kim Haeun dari Korea Selatan Ahad lalu.

“Saya sudah berehat dan belajar mengenai di manakah kesilapan. Saya sudah tahu mengenai teknik pelumba lawan dan cara untuk lebih yakin ketika berlumba.

“Bagaimanapun, Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) nanti pasti akan dibarisi pelumba hebat dari Korea Selatan, jadi saya harus bersedia dengan cabaran itu,” katanya.

Sebagai rekod, pelumba berusia 22 tahun itu menampilkan aksi sempurna dalam acara pecut apabila meraih emas dalam ketiga-tiga siri perlumbaan tersebut.

Sementara itu, Izzah hanya terlepas satu emas pada edisi kali ini ketika dia memenangi perak acara keirin bagi saingan Siri 2 yang lalu.

Dalam kategori lelaki hari ini, Muhammad Ridwan Sahrom merangkul emas pertamanya dalam acara keirin selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhammad Fadhil Mohd. Zonis.

“Ini hari terakhir untuk acara saya sebelum ACC bermula. Penutup yang cukup baik selepas saya tidak dapat melayakkan diri (ke final) dalam dua siri terdahulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI