fbpx

Anak maut, bapa terselamat lori terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 61.7 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi pagi tadi.

KOTA TINGGI – Seorang anak maut, manakala bapanya cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung ketika mengelak kori lain dari arah bertentangan di Kilometer 61.7, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini pagi tadi.

Kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Izzuddin Nor Zaki Afandi, 23, meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, nahas melibatkan lori Daihatsu dipandu lelaki berusia 50 tahun dan kelindan, manakala Perodua Ativa pula dipandu lelaki berusia 39 tahun.

“Nahas dipercayai berlaku apabila lori dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit itu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung ketika mengelak lori dari arah bertentangan.

“Semasa kejadian, muatan batu dibawa lori Daihatsu terpelanting mengenai Perodua Ativa. Ekoran itu penumpang lori parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI