fbpx

Sekolah paksa pelajar perempuan jalani ujian air kencing  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar perempuan menjalani ujian kehamilan di tandas sekolah. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan berpuluh-puluh pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dipaksa menjalani ujian kehamilan, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di SMA Sulthan Baruna, Cianjur, dalam wilayah Jawa Barat, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kumparan menunjukkan pelajar perempuan beratur di hadapan tandas sambil ditemani beberapa guru. 

Selain kehamilan, ujian air kencing itu bertujuan untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. 

Pengarah Pendidikan Jawa Barat, Nonong Winarni berkat: “Ujian air kencing dilakukan  sebagai kaedah untuk mencegah pergaulan bebas serta membina karakter dan akhlak pelajar.”

Klip video itu mencatatkan lebih 851,000 tontonan bersama 576 komen. 

“Yang kena semua pelajar perempuan, murid lelaki santai,” kata  seorang netizen. 

“Bagus! Saya setuju dengan cara ini!” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI